Profile Bio

 

  • MY GRATE FAMILY 💖

Ini abah 

Ini mami

Dari kiri anis, saya, ateh

Ini semua ada
I am a 3rd over 5th. Mami abah sihat alhamdulillah masih diberi kudrat untuk bekerja sebagai guru di sekolah masing-masing. Dikurniakan 5 orang anak, yang paling cantik semua sudah maklum ain't hihi. 4/5 sambung kerjaya sebagai guru. Lagi sorang apip sedang belajar lagi. Baru menerima 2 menantu untuk tempoh sekarang ni, santai. Yang ketiga otw😙. Alhamdulillah ada 3 orang cucu: Kakak sol, uwais, abdullah amru. (ps/; will update soon from time to time inshaallah)
  • BACH'S DEG UKM IN USULUDDIN & PHILOSOPHY (BATCH 18/21)
Masa tu UKM antara satu-satu universiti yang buat majlis graduasi semasa tempoh PKP sebab covid. SOP masih ketat lagi, parents tak boleh masuk dewan, apapun alhamdulillah bukan virtual. Pengalaman 3 tahun belajar di UKM Bangi. Ada pengalaman yang kalau boleh nak lupa je takpa haha. Pengalaman yang paling seronok masa belajar dekat kuliah dan kelas tutorial; nak berebut kelas, naik shuttle bas, mula-mula belajar buat part time masa study in second year; ambil job cafe, jadi pengacara majlis, service hantar makanan. Rasa macam struggle gila hahha kumpul duit macam nak kawin je over, tapi enjoy jela kowanggg. Sambil kerja sambil makan. Nah ada beberapa:
Iftar dekat masjid ukm. makan free. ada qila n imah

qila dari kiri, n shae hihi masa ni citra dekat dectar

cc; shae 😘 
  • POST-GRAD BACH'S IPG IN EDUCATION (INTAKE OCT 22)     
Sambung belajar semula selepas setahun berkhidmat sebagai guru di bawah JAIS, memang keputusan yang berat pada mulanya. Tapi alhamdulillah selesai untuk setahun setengah pengajian di IPG Darulaman Jitra Kedah. First time of my life, dapat jauh HAHAHA
Bersama mami abah dalam dewan konvo
 
But first, take a selfie

Pengalaman belajar setelah agak dewasa ini, seronok dan rasa nak cepat habis jeeee. Bila nak habis study ni 😆 cemuih weh. Kawan-kawan aku kebanyakan mereka guru COS, ada juga yang KAFA bawah JAIS. Ada yang dah berkahwin, dah beranak pinak, bakal berkahwin, baru berkahwin, belum berkawin pun ada santai hahaha. Pengalaman pergi Bina Insan Guru dekat Tasik Beris tu memang paling tak boleh dilupakan. Memang enjoy sangat: 
Bersama lecturer dan kawan-kawan

Singgah breakfast rumah shaimaa 

Lepak bandar Jitra penuh 1 kereta HAHA

Group paling simple dan berkesan presentation

Makan lunch dekat tempat biasa kitaorang

Makan malam shellout kelas PI 1

Kelas

  • STPM AT MAAHAD KAJANG (BATCH 16/18)
Lepas SPM barai, STPM ni antara pilihan yang terbaik. Kawan yang lain masuk Diploma/Foundation/Tamhidi/ dekat universiti. kita masuk sekolah lagi. Pada mulanya aku dapat kos sains tulen dekat High School, Kajang. Tapi aku minta tukar sekolah pergi Maahad Hamidiah, di Kajang juga. Sambung duduk asrama as senior~ tapi tak seterika orang la 😱 Masa STP aku ambil kos Usuluddin. Subjek wajib ada Pengajian Am, Syariah, dan Bahasa Arab. Pengalaman belajar yang baik juga dengan kawan-kawan. Belajar untuk jadi remaja yang solehah. Masa dah masuk form 6 atas, kitaorang lebih berani buat peraturan sendiri hehehe. kitaorang ada bilik study sendiri, conquer tandas bawah, cop ampaian, masuk sekolah pukul 8, ada port tidur bilik belakang. hihhihi turn out jadi solehot ek. Tapi tudung labuh OK here we go zaman tudung bulat:

 

(p/s: Al-fatihah dibaca untuk kawan kitaorang, faie yang telah kembali ke rahmatullah 5 tahun lepas. Semoga arwah dalam kalangan orang beriman amiin)

  • PERNAH KERJA RETAIL
Pernah jadi salesgirl dekat kedai baju dan kedai stationery. Jadi cashier, ready food and drink, mengajar di tadika dan guru rakyat di sekolah agama. Buat hometutor, jadi babysitter bawah Kiddocare. Fuh. Kira hidup ni memang keras dik. Buat anak umi yang sedang baca entry ni, umi harap kamu faham ke-struggle-an umi nak dapatkan sesuatu termasuk nak dapatkan daddy kamu dulu. LAH TIBAH. hahahaha:



Thank you guys ✌-end of profile-






 



No comments:

Post a Comment