Prolog
"Siapa ketua pembangkang negeri selangor?" Itu soalan panel SPP untuk orang yang duduk bersebelahan. Aku bisik ke dia "Azmin Ali tak silap" (๐๐) tak sia-sia ada fasa gila politik ๐. Lepas keluar bilik temuduga tu dia berterima kasih, aku tanya sebab apa, "sbb azmin ali ke". Gelak je masing-masing. That's a very pleasure๐
๐Hi assalamualaikum!!! Okay harini aku nak bercerita tentang pengalaman semasa temuduga SPP 3 hari lepas. Baru sempat buat noks kiternye cari mood nak menulis >< drastically this a new hobby HAHA. Walaupun bila punya zaman tulis blog ni...,
Okay ini gambaran awal lepas dah parking kereta. Sampai-sampai tu beratur dah weh, ingatke dekat sukiya ioi je beratur gini. Please la tayah pegi sukiya ioi, packkkkked. Tak tengok jam masuk pukul berapa tapi sebelum masuk ruang menunggu tu, kena scan barcode untuk register nama dalam sistem. Once dah register, urusetia SPP akan panggil nama kita untuk sahkan file dan dokumen ikut senarai semak yang diperlukan sahaja.
So ini tengah menunggu, pun sama la menunggu jodoh ketentuan semua kena tunggu. Apapun kena sabar dan banyakkan berdoa...tak gitu :D aku sempat gi tandas jap, tertinggal fon pula, pastu patah balik tandas, kelam kabut sikit tu perkara biasa, ada jejak kasih sekejap, tolong orang susun dokumen last minit, senyum dekat orang2 cantik, semua tu sempat sebab nama aku lambat kena panggil. Aku sesi ketiga, estimate around 10am+- baru masuk bilik temuduga.
(ps; kawasan ruang menunggu is prohibited to take picture so gambar bawah jela ye)
-DALAM BILIK TEMUDUGA-
Kitaorang sesi 3 ada 7 calon, setiap calon kena bawa file RPH masing-masing semasa praktikum. dalam bilik temuduga ada 2 panel; panel SPP (Dato' Fikri anggota SPP) dan panel opsyen (Dr. Ziyad pensyarah IPG Pendidikan Islam). Antara soalan-saoalan yang panel SPP tanya:
- Pengenalan diri- nama, umur, asal mana, pengalaman bekerja
- Kongsikan 1 isu semasa berkaitan pendidikan yang berlaku dalam masa setahun
- Nama menteri digital/komunikasi
- Nama menteri besar setiap negeri asal, nama menteri pembangkang selangor
- (soalan dekat calon-calon lain, aku tak ingat)
- Isu guru bercinta dengan murid
Aku nak khususkan kepada point isu guru bercinta dengan murid tu, specifically panel SPP tanya soalan tu dekat aku sorang je masalahnya, yang lain semua bagi isu, tiber part aku terima isu. Dato' cakap macam ni "Okay anis, kamu guru muda ni. Cuba ceritakan apa pendapat kamu tentang guru bercinta dengan murid di sekolah" nokssss aku dalam hati alamakkk camne dia tahu HAHAHA. Lu gilakkk. Aku pun mula menggoreng. Pastu Dato' tanya "kalau situasi rakan guru kamu menghadapi perkara tersebut apa kamu lakukan?" Nak bantai idgaf-ish takleh. So teruskan goreng macam biasa. Bila panel SPP habis tanya, weh lega gila! Aku tak sabar nak panel opsyen tanya sebab dah ready ni ๐:
- Dah sarapan belum (in arabic)
- (In arabic) sekolah menengah di mana, dan sambung pengajian di universiti mana
- Apa itu pbd. bagaimana pelaksanaannya
- Adakah kamu setuju dengan pbd (pentaksiran berasaskan bilik darjah)
- Apa objektif KBD sebagai kurikulum kebangsaan (kurikulum bersepadu dini)
Basically panel banyak psiko, pertikaikan semula jawapan kita, ubah bentuk soalan, kaitkan jawapan dengan orang sebelah. Apapun kena santai je, dengar soalan baik-baik, dan cuba jawab dengan tenang dan berstruktur. Gituu tipsnya. Lulus idok belakang cerita hahaa.
Anyways, Iam very grateful for this second chance and harap ini yang terakhir. HOPEFULLY YAALLAH. aku enjoy interview kali ni, dah tahu flow dan ada masa bertenang tu serius syukur. Bila dah cool, otak berjalan dengan baik. Inshaallah. Berbalik kepada rezeki allah nak bagi, semoga ada rezeki aku kalini dan kawan-kawan yang lain. AMIINN.
Bila dah selesai keluar je bilik temuduga tu terus buat kawan. Ramah sebenarnya diri ni hahaha(gelak risau). Semoga ada rezeki kitaorang jumpa semula rakan-rakan, 1 PPD ke amiin. Thanks korang sudi membaca entri ini dan mendoakan saya. Hanya allah mampu membalas kebaikan kalian!! thanks again all<3
-end of entry-



No comments:
Post a Comment