Tuesday, August 6, 2024

SUDAH TAU BUAT-BUAT TAKTAU ERA

Aku dilabel sebagai label; palatao, cepat melatah, suka menentukan, 


Akhirnya aku sudah tahu tidak semua dapat dipuaskan mengikut kehendak. Kerana ini kehendak Allah. Labelan aku dengar sebagai satu ujian kepada diri, jelasnya manusia tidak dapat memuaskan mana-mana hati sesungguhnya Allah yang berkehendak untuk memuaskan.
Tulisan ini sebagai pengajaran semua yang membaca, dan yang menghayati. Tulisan ini tentang diri yang mengalami kacau hatinya, berhak untuk meluahkan kerana dalam hati itu ada perasaan. Namun ia tidak perlu kepada kefahaman semua orang.

Era yang aku depani kini membuat diri ini bersyukur atas setiap inci perkara yang sudah berlaku. Tidak lagi salahkan mana-mana pihak kerana kebenaran nama-nama Allah dengan sifat dan zatnya. Allah maha kaya untuk menjadikan sesuatu. Ujian juga nikmat adalah melihat tahap kefahaman tentang kewujudan Allah dalam diri ini.

Sesungguhnya, aku berpeluang untuk belajar ilmu ini cuma belum sampai kepada hakikat yang sebenar. Setiap ilmu ada disiplin dan adabnya. Sesungguhnya Allah maha yang mengaturkan jalan-jalan. 

Sebagai hamba yang sentiasa belajar merendah diri, jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati manusia lain, kerana dalam hati itu ada penguasaan ilahi. Kecil hatinya kerana seiring dengan sifat jalal Allah yang maha menyiksakan. Jika ia telah melakukan hal itu, janganlah kita meratapi kekurangan manusia tersebut kerana seiring dengan sifat jamal Allah yang maha perkasa. Maka, syukur. 

'Isolated'. Kenal diri untuk kenal Allah. Perlu seiring dengan amal Rasulullah SAW. Sejak dulu mami paksa aku baca ayat hujung al-baqarah setiap pagi, sehingga menjadi amalan tapi kosong. Allah langkahkan kaki ini 13 tahun berjalan untuk memahami makna ayat yang sudah sebati dengan lidah. Sesungguhnya, kemanisan iman ia tidak kosong. 

Hakikat hikmah ini tidak akan dikecapi tanpa ada praktikalnya ujian dan nikmat. selamat all




No comments:

Post a Comment